Thursday, August 27, 2009

Jenis-jenis tepung kek yang terdapat di A'lisya Online

Salam semua, dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Untuk kemudahan pelanggan semua saya senaraikan jenis2 tepung kek yang berada di A'lisya Online. Selain itu juga pelanggan diluar sana boleh mendapatkan pelbagai jenis tepung kek jenama Lisya ini dari setiap pengedar yang berdaftar dibawah A'lisya Online. Anda semua boleh dapatkan terus dari pengedar-pengedar dari A'lisya Online yang berdekatan atau berhampiran anda pada kadar harga yang ditetapkan oleh pengedar itu sendiri.InsyaAllah dengan ada nyer tepung kek jenama Lisya ini anda tidak susah lagi untuk menyediakan sebiji kek yang sedap dan lazat. Ianya amat mudah untuk disediakan dengan bahan2 tambahan yang mudah didapati.

  1. Tepung Kek Keju (Cheese Cake) 2 in 1
  2. Tepung Kek Marble
  1. Tepung Kek Marble Susu
  2. Tepung Kek Coklat Lembab Istimewa
  1. Tepung Kek Buah Campuran
  2. Tepung Apam
  1. Tepung Kek Mentega (Butter Cake)
  2. Tepung Kek Chiffon

Selain dijadikan juadah untuk hari raya ianya juga sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa. Anda juga boleh jadikan ianya sebagai buah tangan untuk keluarga dan jiran tetangga apa bila pulang kekampung.Tidak perlu tergesa2 untuk memikirkan kedai kek mana yang perlu dituju pada saat-saat akhir menjelang syawal nanti, anda sendiri mampu menyediakannya dengan begitu cepat dan mudah walau pun dipagi hari raya sendiri. Cepat hidangkan juadah hari raya anda kepada tetamu dgn kek hasil buatan tangan anda sendiri,pasti anda semua tersenyum puas dengan pujian tetamu yang menikmatinya.Apa tunggu lagi, jom dapatkan tepung kek jenama Lisya yang mudah untuk disediakan ini dari pengedar2 yang berhampiran anda. Anda pasti tidak akan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pengedar berhampiran anda. Selain itu juga anda boleh menjana pendapatan sampingan sempena menyambut hari raya dengan menyertai ahli keluarga A'lisya Online dan menjadi pengedar dikawasan tempat tinggal anda.