Sunday, October 4, 2009

Salam Syawal untuk anda semua...

Salam semua dan selamat hari raya...dah lama saya tak update terkini kat blog nie, agak sibuk sikit menjelang raya hari tu..syukur kita dah selamat menjalani ibadah puasa selama 1 bulan dan juga selamat menyambut kedatangan syawal tempoh hari...sekarang masing2 dalam mood raya lagi biasalahkan raya juga 1 bulan...alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pelanggan dan juga Rakan Niaga di A'lisya online kerana terus memberi kepercayaan dgn produk jenama Lisya ini...bermula malam raya sehinggalah sekarang saya sentiasa mendapat sms dari pelanggan diluar sana berkenaan dgn tepung kek jenama Lisya ini..ramai yang sms mengatakan diaorg seronok membuat kek dgn tepung jenama Lisya ini kerana setiap kek yang dibuat untuk dihidangkan kepada tetamu dihari raya mendapat pujian semua, ianya lembut dan sedap sehinggakan ada tetamu yang tak sempat merasa...saya juga berasa amat bangga kerana dapat berkongsi bersama kegembiraan pelanggan saya...sehingga kan ada yang minta saya pos kan lagi tepung kek kerana stok raya mereka sudah habis, memandangkan saya berada dikampung dan juga semua perkhidmatan masih lagi bercuti raya saya tak dapat laksanakan kehendak pelanggan, maaf sesangat yer pada yang sms saya dipagi syawal untuk dapatkan tepung kek jenama lisya ini...kalau ianya berdekatan dgn saya dah tentu saya akan tunaikan kehendak anda semua..
Oleh itu sekarang A'lisya Online dah mula operasi untuk penghantaran, anda diluar sana yang ingin terus dapatkan tepung kek ini bagi hidangan rumah terbuka pada bulan syawal ini dipersilakan.....selamat menghidangkan kek kepada tetamu anda....ok tunggu apa lagi jom dapatkan tepung kek jenama Lisya yang sedang hangat dipasaran sekarang juga....