Tuesday, July 28, 2009

Produk Terbaru Sudah Berada Di Pasaran Cepat Dapatkanya!

Salam semua, Hari ini saya ingin mengumumkan berita baik untuk penggemar2 kek diluar sana dengan produk2 terbaru dari Alisya Online bagi memenuhi citarasa pelanggan tak kira dimana berada.
Alhamdulillah syukur kepadaNya sekali lagi kerana terus memberi peluang kepada Alisya Online untuk menambah dan memperbanyakkan lagi produk2 terbaru dan memberi peluang juga kepada usahawan-usahawan diluar sana untuk menambah pendapatan dengan menjadi ahli keluarga Alisya Online. Dengan keizinanNya Alisya Online memperkenalkan 4 jenis produk baru yang mmg dinanti2kan oleh pelanggan-pelanggan diluar sana. Setiap produk yang dikeluarkan di Alisya Online adalah dari permintaan pelanggan dan juga orang ramai diluar sana. Ok jom kita tengok produk2 yang dikeluarkan.
TEPUNG KEK BUAH CAMPURAN (MIX FRUIT CAKE)

Ianya memang sedap dan wangi, bahan2 tambahan juga mudah disediakan. Boleh dipelbagaikan perisa dan bertambah sedap dengan campuran buah yang dimasukkan.Kek nya yang lembab dan lembut mmg sesuai dinikmati pada bila-bila masa.Boleh juga dijadikan buah tangan, sajian hantaran, sajian untuk majlis- majlis dan juga hidangan untuk tetamu yang bertandang.Kepada penggemar-penggemar kek buah pasti suka akan citarasanya yang tidak terlalu manis dan tidak muak jika dimakan berulang kali. Cepat dapatkannya untuk sajian anda semua.
TEPUNG KEK CHIFFON
(boleh dipelbagaikan perisa spt keladi, pandan, strawbery,oren, coklat, mocha dan mengikut citarasa anda)

Kek Chiffon ini sangat lembut dan ringan. Untuk menyediakannya juga mudah dan cepat.Bahan-bahan tambahan juga mudah untuk disediakan.Kek ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing. Ianya boleh dilayer bersama ais krim atau kastad.Memang sedap..anak2 saya paling suka kek ini selain buah dan coklat.Anda tidak perlu membeli kek chiffon diluar sana lagi, anda sendiri dapat melakukannya.

TEPUNG KEK MARBLE SUSU

Kek Marble Susu ini ada sedikit kelainan dan keistimewaan dari kek marble biasa. Ianya lembut dan bau aroma nya yang harum membuatkan anda tertunggu2 untuk menikmatinya.Sesuai disajikan pada bila2 masa sahaja.Juga boleh dijadikan hantaran, buah tangan, hadiah untuk sebarang majlis. Penyediaannya juga mudah dilakukan dan tidak muak jika dimakan berulang kali.
TEPUNG KEK KEJU (CHEESE CAKE) 2 in 1

Ini salah satu kek yang memang diminati ramai dan mendapat tempahan yang banyak. Anda tidak lagi perlu berbelanja lebih untuk menikmati sebiji kek kegemaran anda iaitu "cheese cake". Dengan tepung kek ini anda mampu tersenyum kerana dapat menikmatinya pada harga yang murah tetapi citarasanyer mewah. Diluar sana kebanyakkan 1 slice cheese cake nie dalam RM 4-5, tetapi dengan tepung kek dari Alisya online anda boleh dapat lebih dari itu pada kadar harga yang sama. Tidak perlu menggunakan cheese yang mahal cukup sekadar menggunakan beberapa keping cheesedale sahaja anda dapat menikmati keenakannya.Kek ini juga boleh dipelbagaikan perisa dengan hanya menambah perisa kegemaran anda sahaja.Selain itu ianya juga boleh diletakkan filling blueberry atau strawbery sebagai penambah seri dan menambah kesedapannya. kek ini menggunakan kaedah steam bake dimana acuan yang dimasukkan adunan hendaklah diletakkan didalam satu lagi acuan yang berisi air panas dan barulah dibakar.Kek ini tidak muak sesuai dinikmati pada bila2 masa sahaja. Cepat dapatkannya kerana ianya murah dan istimewanya dalam 1 pek tepung ini anda boleh dapatkan 2 biji cheese cake kegemaran anda.
Semua sedia maklum Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, jadi apa kata tahun ini anda semua penuhkan meja anda dengan pelbagai jenis kek untuk sajian dan juga santapan para tetamu yang berkunjung. Bila lagi nak perkenalkan sajian dari airtangan untuk sajian tetamu yang kunjung kerumah dihari raya. Kepada yang hendak balik kampung tu boleh juga dijadikan buah tangan untuk diberikan kepada keluarga, sahabat handai dan sanak saudara.Ianya juga boleh dijadikan salah satu barangan didalam hamper.Cepat-cepat dapatkan pelbagai jenis tepung kek jenama Lisya yang mudah disediakan dari pengedar-pengedar Alisya Online yang berdekatan di kawasan anda. Orang semua dah cuba anda pulak bila lagi, jangan lepaskan peluang yang ada.

Selamat Datang Keluarga Baru dari Batu 10 Kuantan dan Kemaman Terengganu.



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...Maaflah sudah lama tidak berinfo baru,terlalu sibuk dengan tempahan sehinggakan tak berkesempatan untuk mengucapkan selamat datang dan terima kasih untuk 2 orang ahli keluarga baru yang mempercayai produk dari Alisya Online ini. Hari nie saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih untuk Pn. Tie dari Batu 10 Kuantan dan juga Pn. Asha dari Kemaman Terengganu. Mudah-mudahan Allah sentiasa dan terus memberikan kita rezeki dan memberkatinya. Ok kepada peminat2 kek terus dapatkan tepung kek jenama Lisya dari pengedar yang berdekatan dengan anda semua. Alisya online juga telah mengeluarkan beberapa produk baru yang pasti membuatkan anda tak sabar-sabar untuk menikmatinyer.
1) Untuk pelanggan, bakal pelanggan, dan sesiapa sahaja yang berdekatan dan berjiran bolehlah dapatkan tepung kek jenama Lisya dari Pn.Tie di Batu 10 Kuantan.Pn Tie nie seorang usahawan yang berjaya dengan pelbagai produk yang dijualnya. Kalau anda nak dapatkan produk2 CNI, AMWAY dan macam2 lagi bolehlah hubungi hot line Pn. Tie ni di talian 019-9001965.Pasti dilayan dengan penuh mesra...Pn. Tie nie seorang yang peramah dan mudah mesra.
2) Manakala untuk pelanggan2, bakal pelanggan, peminat kek di kawasan yang berhampiran Kemaman, sempadan ker bersebelahan ker atau negeri yang berdekatan dengan nya boleh terus dapatkannya dari Pn.Asha di Kemaman. Pn. Asha nie juga tokey dobi uols..Sapa2 yang malas nak basuh baju yang banyak tu atau sekarang niekan musim hujan baju mmg banyaklah yang tak kering bolehlah hubungi Pn.Asha di talian panas nyer iaitu 019-9353140. Orang2 Kemaman boleh lah hantar baju ke pusat dobi Pn. Asha..senang jer nak cari kedai nyer, kedai dobi nie ada iras2 cam Maybank sikit,tapi tak boleh buat urusan bank disitu yer hanya urusan mendobi jer,nama kedai dobinya ialah "Kawanku Services Laundry" .Hantar jer baju disitu, luangkan masa anda untuk membakar kek hasil sendiri. Cepat2 dapatkan dari mereka, produk terbaru juga boleh dapat dari mereka.
Jgn lepaskan peluang anda untuk nikmati nyer. Jadikan ianya salah satu sajian atau juadah untuk di hidang kepada tetamu dihari raya. Penuhkan meja anda dengan kek yang sedap hasil buatan sendiri pada hari raya.

Tuesday, July 14, 2009

PERHATIAN semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..dah lama saya tak dapat nak update blog ini..minta maaf bebanyak yer kepada sesiapa yang masuk asyik tak bertukar wajah jer....sekarang nie saya terlalu sibuk dengan tempahan tepung kek jenama Lisya dan juga sample untuk biskut raya..Alhamdulillah berkat rezeki yang diberikan oleh Nya sehingga membuatkan saya mmg tak menang tangan untuk menerima tempahan..Sample untuk biskut raya saya dah siapkan dengan sempurna alhamdulillah, tapi saya tak dapat nak menerima tempahan dari alam maya ini coz saya takut tak sempat untuk siapkan nanti..di sekitar kuantan nie sahaja pun saya dah rasa cam tak berkesempatan.. Tapi InsyaAlah saya akan pastikan semua pelanggan saya terima dengan baik dan menepati waktu yang dijanjikan..dan InsyaAllah mungkin thn depan semua berpeluang merasanyer.Selain itu ada berita baik untuk semua rakan niaga, pelanggan setia dan juga bakal pelanggan dan bakal rakan niaga untuk Alisya online ini, Alisya Online akan kuarkan beberapa lagi produk baru sempena menyambut hari raya tidak lama lagi..oleh itu harap semua bersabar dan nanti kan kemunculan produk tersebut.InsyaAllah saya akan infokan terus sekiranya produk baru itu bersedia berada dipasaran pada bulan ini juga.Nantikan kemunculannya.

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Datang Puan Asikin Dari Masai Johor Bahru.



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.......Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izin oleh Nya Alisya Online menerima seorang lagi ahli keluarga baru dari selatan tanah air, iaitu Puan Nur Asikin dari Masai Johor.Terima Kasih Puan Asikin kerana memberi sokongan dan percaya kepada produk keluaran bumiputra ini.Tepung Kek Jenama Lisya terus mendapat tempat di hati penggemar2 kek..Bagi mereka yang berada berdekatan dengan puan Asikin boleh terus dapatkan tepung kek ini dari beliau.Bagi penggemar kek, pelanggan, bakal pelanggan, bakal rakan niaga yang berada berdekatan, berjiran dan bersebelahan dengan Puan Sikin boleh terus call di no 017-7026294.Pn Sikin memasarkan di kawasan MASAI Johor.Cepat call Pn Sikin untuk dapatkan Pelbagai Tepung Kek Jenama Lisya.Anda tidak perlu risau untuk membuatnya, disetiap pek tepung dilengkapkan dengan cara2 untuk menyediakannya.Ianya amat mudah, semudah ABC..bahan tambahan yang mudah untuk didapati.Cepat-cepat, orang lain dah cuba anda bila lagi.