Tuesday, July 28, 2009

Produk Terbaru Sudah Berada Di Pasaran Cepat Dapatkanya!

Salam semua, Hari ini saya ingin mengumumkan berita baik untuk penggemar2 kek diluar sana dengan produk2 terbaru dari Alisya Online bagi memenuhi citarasa pelanggan tak kira dimana berada.
Alhamdulillah syukur kepadaNya sekali lagi kerana terus memberi peluang kepada Alisya Online untuk menambah dan memperbanyakkan lagi produk2 terbaru dan memberi peluang juga kepada usahawan-usahawan diluar sana untuk menambah pendapatan dengan menjadi ahli keluarga Alisya Online. Dengan keizinanNya Alisya Online memperkenalkan 4 jenis produk baru yang mmg dinanti2kan oleh pelanggan-pelanggan diluar sana. Setiap produk yang dikeluarkan di Alisya Online adalah dari permintaan pelanggan dan juga orang ramai diluar sana. Ok jom kita tengok produk2 yang dikeluarkan.
TEPUNG KEK BUAH CAMPURAN (MIX FRUIT CAKE)

Ianya memang sedap dan wangi, bahan2 tambahan juga mudah disediakan. Boleh dipelbagaikan perisa dan bertambah sedap dengan campuran buah yang dimasukkan.Kek nya yang lembab dan lembut mmg sesuai dinikmati pada bila-bila masa.Boleh juga dijadikan buah tangan, sajian hantaran, sajian untuk majlis- majlis dan juga hidangan untuk tetamu yang bertandang.Kepada penggemar-penggemar kek buah pasti suka akan citarasanya yang tidak terlalu manis dan tidak muak jika dimakan berulang kali. Cepat dapatkannya untuk sajian anda semua.
TEPUNG KEK CHIFFON
(boleh dipelbagaikan perisa spt keladi, pandan, strawbery,oren, coklat, mocha dan mengikut citarasa anda)

Kek Chiffon ini sangat lembut dan ringan. Untuk menyediakannya juga mudah dan cepat.Bahan-bahan tambahan juga mudah untuk disediakan.Kek ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing. Ianya boleh dilayer bersama ais krim atau kastad.Memang sedap..anak2 saya paling suka kek ini selain buah dan coklat.Anda tidak perlu membeli kek chiffon diluar sana lagi, anda sendiri dapat melakukannya.

TEPUNG KEK MARBLE SUSU

Kek Marble Susu ini ada sedikit kelainan dan keistimewaan dari kek marble biasa. Ianya lembut dan bau aroma nya yang harum membuatkan anda tertunggu2 untuk menikmatinya.Sesuai disajikan pada bila2 masa sahaja.Juga boleh dijadikan hantaran, buah tangan, hadiah untuk sebarang majlis. Penyediaannya juga mudah dilakukan dan tidak muak jika dimakan berulang kali.
TEPUNG KEK KEJU (CHEESE CAKE) 2 in 1

Ini salah satu kek yang memang diminati ramai dan mendapat tempahan yang banyak. Anda tidak lagi perlu berbelanja lebih untuk menikmati sebiji kek kegemaran anda iaitu "cheese cake". Dengan tepung kek ini anda mampu tersenyum kerana dapat menikmatinya pada harga yang murah tetapi citarasanyer mewah. Diluar sana kebanyakkan 1 slice cheese cake nie dalam RM 4-5, tetapi dengan tepung kek dari Alisya online anda boleh dapat lebih dari itu pada kadar harga yang sama. Tidak perlu menggunakan cheese yang mahal cukup sekadar menggunakan beberapa keping cheesedale sahaja anda dapat menikmati keenakannya.Kek ini juga boleh dipelbagaikan perisa dengan hanya menambah perisa kegemaran anda sahaja.Selain itu ianya juga boleh diletakkan filling blueberry atau strawbery sebagai penambah seri dan menambah kesedapannya. kek ini menggunakan kaedah steam bake dimana acuan yang dimasukkan adunan hendaklah diletakkan didalam satu lagi acuan yang berisi air panas dan barulah dibakar.Kek ini tidak muak sesuai dinikmati pada bila2 masa sahaja. Cepat dapatkannya kerana ianya murah dan istimewanya dalam 1 pek tepung ini anda boleh dapatkan 2 biji cheese cake kegemaran anda.
Semua sedia maklum Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, jadi apa kata tahun ini anda semua penuhkan meja anda dengan pelbagai jenis kek untuk sajian dan juga santapan para tetamu yang berkunjung. Bila lagi nak perkenalkan sajian dari airtangan untuk sajian tetamu yang kunjung kerumah dihari raya. Kepada yang hendak balik kampung tu boleh juga dijadikan buah tangan untuk diberikan kepada keluarga, sahabat handai dan sanak saudara.Ianya juga boleh dijadikan salah satu barangan didalam hamper.Cepat-cepat dapatkan pelbagai jenis tepung kek jenama Lisya yang mudah disediakan dari pengedar-pengedar Alisya Online yang berdekatan di kawasan anda. Orang semua dah cuba anda pulak bila lagi, jangan lepaskan peluang yang ada.